klik sini

Rabu, 9 Mei 2012

Status Video Penderaan Bayi

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia



Rabu, 16 November 2011

Semak keputusan UPSR melalui SMS


pic taken from lanunsepet.blogspot.com

PUTRAJAYA – Para calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai pukul 10 pagi Khamis.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 Nov.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi Khamis. – BERNAMA

Sabtu, 17 September 2011

Ukiran Kayu



PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.


Sejarah perkembangan Ukiran kayu

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Jumaat, 19 Ogos 2011

PERBANDINGAN PEMBIAYAAN ANTARA INSTITUSI KEEWANGAN - BAHAGIA 2


A.   PINJAMAN KENDERAAN – MOTOSIKAL

Pinjaman Kenderaan ( motosikal ) Syarikat Kredit Chin Hin Jitra Sdn. Bhd.
Tawaran
1.    Harga motosikal yang menarik.
2.    Terdapat pelbagai jenis motosikal sedia ada di bilik pameran.
3.    Baucer RM 150.00 dengan setiap pembelian sebarang jenis motosikal.
4.    Layanan istimewa sebelum dan selepas jualan dari pegawai pemasan yang bertauliah.
5.    Khidmat selepas jualan yang memberansangkan dengan penyediaan talian tol percuma 1-300-88-0567.
6.    Percuma keahlian Kelab Servis Chin Hin selama setahun dengan memberikan pelbagai jenis tawaran hebat termasuk diskaun servis motosikal yang menarik.
7.    Bayaran pendahuluan muka ( downpayment ) serendah RM 1300.00.
8.    Kadar faedah keuntungan serendah 10%.
9.    Bayaran ansuran sehingga 5 tahun.
( kesemua tawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan)
Penerangan
            Chin Hin Jitra Sdn. Bhd merupakan salah satu syarikat menjual motosikal yang terkenal di seluruh negeri Kedah dan Perlis. Ia menawarkan pelbagai jenis motosikal baharu mahupun terpakai dengan harga yang sangat kompetatif.
            Chin Hin Jitra Sdn. Bhd juga menawarkan pinjaman secara kredit melalui pembayaran ansuran bulanan sehingga 5 tahun.
Saya mengandaikan ingin membeli motosikal jenama Yamaha jenis LC135 keluaran 2011. Harga seunit ditawarkan ialah RM 6200.00. Chin Hin Jitra Sdn. Bhd telah menetapkan kadar faedah keuntungan adalah 10% bagi pinjaman setahun, 20% bagi pinjaman 2 tahun, 30% bagi pinjaman 3 tahun dan seterusnya. Oleh kerana harga motosikal agak tinggi saya akan memilih pinjaman selama 3 tahun dan saya akan dikenakan 30% kadar faedah keuntungan.
Chin Hin Jitra Sdn. Bhd juga telah menetapkan bayaran minimum wang muka (downpayment) bagi motosikal jenis ini ialah RM 2800.00.

Rabu, 17 Ogos 2011

PERBANDINGAN PEMBIAYAAN ANTARA INSTITUSI KEEWANGAN. - BAHAGIAN 1


 SALAM....
DISINI ADA TUGASAN LITERASI NOMBOR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN. INI AKU PUNYA WEHHHH...JANGAN COPY SEBIJIK-SEBIJIK...UBAH LA SAMA. 
TUNGGU BAHAGIAN KEDUA MENGENAI PINJAMAN KENDERAAN.
SEMOGA MEMBANTU. ADIOSSS.

PENGENALAN
            Di dalam kepesatan kemajuan Negara, institusi keewangan turut memainkan peranan penting sebagai sumber penggerak ekonomi Negara dan membentuk halatuju perkembangan ekonomi.
            Walaupun dikawalselia dan diberi panduan oleh pihak Bank Negara Malaysia, institusi keewangan masih lagi boleh dan mempunyai ruang yang luas bagi mendapatkan keuntungan yang maksima.
            Justeru itu, pihak institusi keewangan menawarkan pelbagai pinjaman, pembiayaan, simpanan, skim, produk, pakej dan banyak lagi bagi menarik lebih ramai pelanggan. Pelbagai pembiayaan pinjaman yang ditawarkan merupakan salah satu cabang utama pendapatan sesebuah institusi keewangan melalui kadar keuntungan yang dikenakan terhadap peminjam.
            Tambahan pula dewasa ini, pinjaman melalui institusi keewangan merupakan salah satu jalan mudah dan cepat bagi memenuhi tujuan yang tertentu seperti kegunaan peribadi, membeli rumah, pembiayaan kenderaan, membeli saham amanah, mengerjakan umrah ziarah, melancong dan sebagainya.
            Dari itu, sebagai pengguna kita perlulah membuat kajian , pemerhatian dan perbandingan sebelum menandatangani sesuatu pembiayaan pinjaman.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Garisan


Pengenalan
  1. Garisan merupakan kesan dari satu titik permulaan yang digerakkan merentasi sesuatu kawasan di atas permukaan dengan menggunakan alat dan bahan.  Garisan dapat dilihat pada benda semula jadi dan buatan manusia.
  2. Dalam buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSM (2000) terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mendefinisikan 'Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula daripaa satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya'.
  3. Dalam buku Art Fundamentals menyatakan:
    'Line - The path traced by the point of a tool, instrument, or medium as it moves across an area. A line is visible when it contrasts in value with its surroundings. Three-dimensional lines may be made using string, wire, tubes, solid rods, and the like.'


Jenis-jenis garisan :
    1. garisan tegak
    2. Garisan tebal  
    3. Garisan nipis
    4. garisan melintang
    5. garisan penjuru
    6. garisan melengkung
    7. garisan zig-zag
    8. garisan beralun
    9. garisan titik-titik
    10. garisan berlingkar
    11. garisan memancar

Garisan tebal

Garisan nipis



Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat