klik sini

Ahad, 24 Julai 2011

Konsep Seni Visual

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tugasan pertama dari En. Zakariah kepada kelas aku ialah "Konsep Seni Visual". Tugasan ini mestilah ditulis tangan dan disertakan gambar-gambar yang bersesuaian. Panjangnya bagi memenuhi standart level Ijazah maka sekurang-kurangnya 500 patah perkataan. Jadi disini aku saja nak share sket maklumat yang mungkin boleh digunapakai dalam tugasan ni. Maklumat ni pun hampir 90% datangnya dari sumber internet. Dan perkara yang paling penting ialah aku nak feed back dari kawan-kawan sekuliah yang mungkin boleh membantu membetulkan yang mana salah dalam tugasan aku ni. Tolong ya semua. Bahan dah macam-macam yang ada tapi tak pasti yang mana betul.
Kalau sesapa yang belum buat dan nak copy pun buleh tapi jangan hentam sebijik dah la. Lagi satu jangan lupa letak blog ni sebagai bahan rujukan. hehe.

1. Pilihan Pertama

Ok. Yang pertama ni datang dari kelas kita sendiri. Dalam bentuk point ja tapi kalau dah dikarang mungkin boleh mencapai jumlah perkataan.

MAKNA SENI VISUAL

Objektif :  menganalisis makna seni visual berdasarkan tokoh-tokoh dan memahami apa itu seni

Seni adalah rasa puas yang diekspresi dalam bentuk yang nyata dengan tujuan untuk memuaskan
n  Mempelajari seni tidak lepas dari memperkatakan tentang kebudayaan kerana kesenian adalah sebahagian daripada cabang kebudayaan
n  Perkataan kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu BUDHI dan DAYA
n  Budhi adalah akal fikiran
n  Daya adalah kemampuan


KEBUDAYAAN
n  Sosial- kehidupan/pergaulan manusia konsep manusia mengatur cara perlakuan
n  Ekonomi- keperluan manusia untuk hidup: keperluan asas, keinginan dan kehendak, kepuasan
n  Politik- pengatur yang memiliki kuasa untuk membawa masyarakatnya kepada kesejahteraan
n  Pengetahuan /teknologi dan teknik- aktiviti untuk meningkatkan ilmu berpolitik, bersosial ,berekonomi
n  Seni selain kehendak asas manusia juga memerlukan kesenangan aesthetic pleasure
n  Falsafah – menggali kebenaran, nilai,etika,moral
n  Agama- roh dan jasad membentuk manusia. Pegangan manusia terhadap penciptanya

Seni visual
n  Ialah segala jenis seni yang keindahannya dapat dihayati menerusi indera penglihatan

Kesenian pula bererti segala sesuatu daya cipta dan pemikiran manusia yang bersifat indah(sesuatu yang subjektif)

n  Keindahan ciptaan manusia yang dihasilkan oleh manusia untuk mendapat kepuasan daripadanya seperti arca,lukisan, bangunan, catan dsb
n  Keindahan ciptaan Tuhan iaitu keindahan yang diberi kepada manusia untuk mendapat kepuasan daripada kewujudannya

HERBERT READ
n  Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik
n  Apa itu kesenangan estetik ?
n  Kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak menyampaikan mesej dan akan saling menyempurnakan mesej-mesej yang akan disampaikan
n  Seni adalah suatu bentuk komunikasi yang berkesan

Sir Herbert Edward Read


FRANK CIZEK
n  Seni adalah pernyataan diri(ekspresif)
n  Setiap individu (kanak-kanak) dilahirkan dengan potensi seni
n  Persekitaran yang membentuk perkembangan seni individu



LINDERMAN 1997
n  Seni adalah suatu bahasa kreatif yang mengandungi roh (nilai spiritual) yang dapat membenarkan seseorang menghasilkan atau menghargai
n  Seni membantu individu untuk mengenal personaliti diri dan potensi yang ada dalam diri.
n  Seni merupakan bahasa sarwajagat yang menolak garis sempadan, bahasa, masa dan ruang
n  Seni merupakan suatu bahasa non verbal bagi manusia secara global


Linderman mengkategori seni kepada :
n  Seni tampak dan sentuh
n  Kraftangan
n  Seni teknologi
n  Seni persekitaran
n  Seni pengguna
n  Seni konsep

WALTER GROPIUS
n  Kraf dan rekabentuk adalah gabungan kepada seni halus. Seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada kehidupan seharian dan masyarakat bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri.
n  Pada tahun 1930an kajian oleh Owatonna Art Education Syudy Project mengangkat slogan “Art,a way of life” iaitu seni halus tidak seharusnya terasing dengan seni gunaan kerana kedua-duanya merangkumi aspek kehidupan
Walter Gropius


SENI MENURUT ACUAN ISLAM
n  Seni berkembang seiring dengan perkembangan tamadun Islam
n  Seni adalah keindahan sama ada keindahan yang lahir atau keindahan yang batin
n  Seni berasaskan kepada prinsip tauhid
n  Ini bersesuaian dengan hadis rasulullah “ ALLAH ITU INDAH.  IA SUKA AKAN KEINDAHAN



SYED AHMAD JAMAL
n  Seni tampak adalah rupa dan jiwa
n  Seni sesuatu yang indah berlandaskan akal, etika dan proses.


IBERAHIM HASSAN
n  Merupakan rekod pencapaian manusia, manifestasi nilai dan kepercayaan manusia yang dijelmakan menerusi karya seni atau bentuk-bentuk tampak

PENDIDIKAN
n  APA ITU PENDIDIKAN ?
n  Pendidikan menurut bangsa Yunani ialah ilmu menuntun anak
n  Bangsa Jerman melihat pendidikan sebagai Erziehung iaitu membangkitkan kekuatan terpendam ataupun mengaktifkan kekuatan dan potensi anak.

n  Mohd. Nasir merumuskan pendidikan adalah proses membentuk diri  terus-menerus tidak berhenti dengan mengutamakan subjek iaitu manusia.
n  Pendidikan seni program mendidik yang bersistem, terancang dan memenuhi keperluan individu yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media.

 2. Pilihan kedua

Yang ni pulak panjang sangat sampai 2-3 kali baca baru paham. Ni dapatan dari nota Seni STPM dalam blog Nota Seni Visual (klik untuk terus ke sana)

PENGENALAN SENI VISUAL
A) PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .

seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.

B) PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.

I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.




II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.


C) PERANAN SENI VISUAL

Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.



I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.



II) Peranan sosiologi
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.
Rumah rakit- Kuala Lipis

Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)

Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

D) PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada

Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.

Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.










PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL

Pendahuluan

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.


Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).


Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.


Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.



Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

(i) Maksud Sejarah Seni Visual

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.

Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

Tujuan Sejarah Seni Visual

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

(ii) Kaedah Sejarah Seni Visual

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati.

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya.

Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

”We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations.” (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.
Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan. Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah yang digunakan iaitu:
Idealisasi – merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak pada imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula) untuk maksud menyampaikan rasa keunggulan, penataan secara hieratik, melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form
Representasi-merujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang bukan objek. Dalam banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih mengutamakan aspek yang elemental dan primeval

Stailisasi - merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan. pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk. Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya ialah, gambar dalam motif.



a. Gaya penampilan
Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Pada amnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan gaya penampilan iaitu:
· Realistik-karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh Gadis Melayu, Potret Diri (Mohd.Hoessien Enas),



· Separa abstrak-Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh Girl Before a miror (Pablo picasso), Hang Tuah Hang Jebat (Ismail Mustam)


· Abstrak- karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami , dikenali sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk dan warna,Contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin), Gunung Ledang (Syed Ahmad Jamal)

3. Pilihan Ketiga

yang ni sedut dari wikipedia (klik)

Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.
Isi kandungan
·         1 Pengertian
o    1.1 Seni
·         2 Bidang seni visual
·         5 Pautan luar
[sunting]Pengertian
[sunting]Seni
Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.
Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.
[sunting]Seni visual dan pendidikan
Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui Internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Subjek ini adalah mustahak kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman, senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.
Dua aspek utama dalam sukatan pelajaran STPM Seni Visual ialah Apresiasi Seni Visual dan Penghasilan Seni Visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada empat komponen, iaitu
(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
(b) Lukisan dengan menggunakan media kering seperti pensel, arang, krayon dsb.
(c) Projek Penghasilan Karya dan portfolio yang wajib diambil oleh pelajar sekolah.
(d) Khas untuk pelajar persendirian yang akan diuji teknik penghasilan secara teori
[sunting]Keindahan
Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain. Sesuatu objek yang kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang disampaikan serta maksud yang diterjemahkan ke dalam bentuk karya/hasil seni ini adalah amat penting. Contohnya, seseorang anggap poster yang mempunyai sebaris perkataan "A Star is Born" dan ilustrasi seperti satu bintang di latar belakang yang gelap tidaklah begitulah cantik dan indah. Namun, ia adalah 100% indah jika ia dapat memenuhi kehendak untuk poster itu serta mesej yang disampaikan adalah ringkas dan jelas.
Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil seni perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
§  Objek: Subjek yang menjadi fokus utama dalam suatu karya (contoh: figura manusia dalam poster konsert)
§  Komposisi: Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya (contoh: garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni digunakan)
§  Tema: Tajuk dan fokus penting untuk sesuatu karya (contoh, derma darah adalah sasaran penting dalam suatu poster)
§  Makna: mesej di sebalik suatu karya adalah jelas
§  Fungsi: Fungsinya adalah fungsi estetik ataupun fungsi penggunaan atau kedua-duanya
[sunting]Bidang seni visual
Dalam seni visual, bidangnya adalah seperti berikut:
§  Seni halus: lukisan, catan, cetakan dan arca
§  Visual Komunikasi: seni reka grafik dan multimedia (animasi dan laman web)
§  Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik
§  Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman
[sunting]Peranan sosiologi seni visual
Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia anggap orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi, anggapan (sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah dipengaruhi oleh fikiran orang lain dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang yang pembawa HIV semestinya tergolong di kumpulan homoseksual? Dalam kajian seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan manusia terhadap penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian tergolong dalam sosiologi berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun, peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain. Ini bermaksud kegunaan seni visual dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antara peranannya dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:
§  Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas.
§  Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.
§  Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
§  Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.
§  Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.
§  Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi memupuk semangat mencintai alam
§  Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan yang mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan sesuatu kaum.
[sunting]Peranan psikologi seni visual
Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi yang berlainan terhadap sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi boleh diaruhkan secara visual seperti emosi dipengaruhi dengan foto.

4. Pilihan keempat

Ni pulak aku dapat dari web orang putih. terima kasih kepada google translate. hehe.

Seni Visual: Definisi & Maksudnya 

"Seni Visual" adalah istilah payung yang moden tetapi tidak tepat bagi kategori yang luas seni yang merangkumi beberapa disiplin seni daripada pelbagai sub-kategori.Lingkungan yang luas menjadikan bermakna apa-apa percubaan pada takrif, jadi bukannya menentukan atau karang beberapa erti yang dicairkan untuk, di sini adalah senarai disiplin konstituennya. 

1. Fine Arts 
Semua seni halus tergolong dalam kategori umum seni visual. Ini termasuk aktiviti-aktiviti seperti: melukis,, koreografi, dan Sculpture, bersama-sama dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti seni Grafik, Illumination Manuskrip, Ilustrasi Buku, kaligrafi dan Senibina. 

2. Seni Kontemporari 
Seni visual juga termasuk beberapa bentuk seni moden, seperti: himpunan, Kolaj, Campuran-media, Seni Konseptual, Pemasangan, Peristiwa dan seni Prestasi, bersama-sama dengan disiplin berasaskan filem seperti Fotografi, Seni Video dan Animasi, atau mana-mana 
kombinasinya. Aktiviti kumpulan ini juga termasuk disiplin berteknologi tinggi seperti grafik komputer dan cetakan giclee. Satu lagi seni visual moden, seni baru alam sekitar atau Tanah, yang juga termasuk bentuk sementara seperti arca ais / salji, dan (mungkin) seni grafitti. 

3. Kesenian & Pertukangan Tangan hiasan 
Di samping itu, kategori umum seni visual merangkumi beberapa disiplin seni kraf dan hiasan, termasuk: tembikar seramik dan studio, seni mozek, telefon bimbit, permaidani, seni kaca (termasuk kaca berwarna), dan lain-lain. 

4. Lain-lain 
Definisi seni visual yang lebih luas kadang-kadang termasuk bidang-bidang seni yang digunakan seperti reka bentuk grafik, reka bentuk fesyen dan reka bentuk dalaman. Di samping itu, jenis baru seni Badan juga boleh jatuh di bawah tajuk umum seni visual. Ini termasuk: seni tatto, lukisan muka, dan lukisan badan. 

Sejarah Klasifikasi Seni 

Profesion baru dari Artist 

Walaupun pelbagai bentuk seni telah diamalkan beratus-ratus beribu-ribu, ia hanya perbandingan baru-baru ini bahawa peranan "artis" telah muncul. Semasa Antikuiti klasik, serta era Byzantium, Carolingian, Ottonian, seni romantik dan Gothic, pelukis dan pengukir dianggap sebagai tukang semata-mata - cat-applyers atau pengukir.Kemudian, semasa Renaissance, terima kasih kepada individu-individu seperti Leonardo Da Vinci dan Michelangelo, profesion "artis" dinaikkan ke tahap yang baru yang lebih tinggi, mencerminkan kepentingan yang baru dianggap elemen "reka bentuk" - atau "disegno". (Disegno: Lukisan Seni Halus Itali 

Komponen intelektual dan Seni Visual 

Perkataan Itali untuk lukisan seni halus 'disegno'. Tetapi maksudnya melangkaui idea literal mistar. Disegno adalah prinsip / kaedah yang mendasari patung, serta lukisan seni halus dan seni bina. Lebih-lebih lagi, disegno merupakan komponen intelektual seni visual, yang membenarkan ketinggian mereka dari kraf ke seni halus, setaraf dengan sastera dan muzik. Konsep disegno sebagai asas seni visual dapat dikesan kembali ke 1354-1360. Dalam tahun-tahun ini Florence humanis Petrarch menulis 'Pemulihan Terhadap Fortune' dialog beliau di mana beliau menyatakan bahawa graphis (latin untuk disegno atau lukisan) adalah sumber biasa arca dan lukisan) Tiba-tiba, pelukis dan pengukir yang mempunyai status yang unik yang baru -setanding dengan arkitek. Bagi artis denda, keadaan ini kekal sebahagian besarnya tidak berubah hingga ke hari ini, kecuali bahawa mereka kini telah disertai oleh artis visual yang terlibat dalam pemasangan, seni video, kerja-kerja konsep, himpunan dan sebagainya. Beberapa kraf juga termasuk di bawah naungan seni visual, walaupun kebanyakan terus dibiayai oleh "kerajinan" (bukannya daripada "seni") badan. 

Seni Akademik 

Dari seterusnya Renaissance, status baru ini juga dicerminkan dalam sistem pendidikan yang berasaskan di seluruh rangkaian Akademi Seni Murni, yang dimasyhurkan bentuk tertentu "seni akademik". 
Ini mengandungi pelbagai kaedah-kaedah mengenai bagaimana (terutamanya) lukisan dan arca akan diwujudkan.Unsur seperti hal perkara, bentuk, mesej, komposisi, warna agak ketat yang dikawal selia. Kegagalan untuk mematuhi kaedah-kaedah yang bermakna pengecualian daripada pameran seni berprestij tahunan yang dianjurkan oleh akademi. Dan sejak penyertaan dalam acara-acara ini seni sering satu-satunya cara seorang artis boleh mendapat reputasi, memenangi komisen, dan akhirnya selamat keahlian anugerah Akademi negara, pengecualian bermakna kehancuran kewangan. Ia tidak sehingga abad ke-20 bahawa kuasa daripada akademi mula menurun mana-mana dalam erti kata yang ketara. 

Visual Art Melengkapi Kesenian dan Pertukangan Tangan (Ramai) 

Abad ke-20 juga menyaksikan perubahan secara beransur-ansur dalam sikap terhadap amalan kraf. Put sangat semata-mata, sehingga kira-kira 1900, selain daripada kesusasteraan dan "seni persembahan", pertubuhan pendidikan dan profesional yang hanya diiktiraf dua kelas asas aktiviti seni: (1) seni halus - iaitu, karya yang dicipta semata-mata atas sebab-sebab estetik, dan 
(2) pertukangan, yang kerja dengan tujuan utilitarian. (Lihat juga Estetik.) Bekas - sejak zaman Renaissance - yang dicipta oleh "artis", yang kedua mengikut kategori yang lebih rendah "pembuatan juga". Terdapat justifikasi yang sangat sedikit untuk perbezaan ini sewenang-wenangnya di antara seni dan kraf, craftworks banyak keseluruhannya tidak mempunyai apa-apa maksud fungsi dan diperlukan sebagai kemahiran yang banyak sebagai seni halus. Dengan merangkumi "kerajinan" beberapa, kategori seni visual telah membantu untuk menghapuskan beberapa halangan di antara seni dan kraf, walaupun ramai kekal. 

Seni Visual Extended Termasuk Borang Moden 

Satu lagi set perubahan dalam pengelasan dan menghargai seni mula terungkap semasa dekad-dekad awal abad ke-20. Ini adalah kerana kemunculan beberapa baru seni bentuk, seperti: kolaj (dari Picasso & Cubism sintetik Braque, c.1912); himpunan dan "seni dijumpai" (dari "sedia mades" Marcel Duchamp, 1887-1968 ); seni konseptual (daripada kerja-kerja Marcel Duchamp seperti Fountain, 1917, Replica, Tate Collection, London); Prestasi seni dan Peristiwa (daripada telatah Dada Tristan Tzara (1896-1963) di Cabaret Voltaire, Zurich, c.1916 -20); photomontage (daripada kerja-kerja oleh Dadaists seperti Raoul Hausmann dan Schwitters Kurt, yang menggunakan ilustrasi dan keratan iklan, c.1918-20); seni fotografi dan video (dari kerja perintis oleh Ray Man (1890-1976) dan lain-lain) kerja-kerja seni animasi (dari awal abad ke-20 oleh Amerika animator J. Stuart Blackton, Emile Cohl, Winsor McCay dan Walt Disney). Teknik-teknik baru juga muncul dalam bidang-bidang seni tradisional yang halus, seperti lukisan - dengan ciptaan cat akrilik yang digunakan oleh David Hockney (b.1937) dan lain-lain - dan koreografi - dengan pengenalan percetakan silkscreen, terkenal yang digunakan oleh Andy Warhol (1928 - 87); dan dengan cetakan giclee. 

Seni Visual Industri 

Kemewahan yang semakin meningkat pada separuh kedua abad ke-20 telah membawa kepada pelaburan yang besar tambahan di dalam apa yang telah menjadi industri seni visual utama. Di kebanyakan negara Eropah, kolej seni peringkat pengajian tinggi kini mengajar banyak mata pelajaran kepada ratusan ribu pelajar seni. Jabatan kerajaan keseluruhannya, dengan anggaran dolar berjuta-juta, kini ditumpukan kepada penggalakan seni visual, sementara pihak berkuasa kerajaan tempatan mengekalkan sepenuh masa "pegawai-pegawai seni" untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti di peringkat tempatan. Struktur ini biasanya ditambah dengan negeri yang dikendalikan oleh agensi-agensi (contoh Kesenian Majlis), yang berperanan untuk menyuraikan peningkatan jumlah geran, dermasiswa, residensi, stipends khas dan lain-lain jenis sokongan kewangan untuk artis visual. Di samping itu, kerajaan menjadi penaung seni utama dengan membeli kuantiti yang besar lukisan, seni plastik dan kerja-kerja lain, untuk paparan awam. Kaedah baru pengumpulan dana untuk menyokong seni awam telah dibangunkan, seperti Peratus Bagi skim Seni di Ireland. Pengurangan baru-baru ini walau apa pun, semua ini menunjukkan skala besar industri seni visual dalam abad ke-21. Walaupun banyak artis sepenuh masa masih miskin, ini adalah terutamanya kerana bilangan mereka telah ditembak dengan ketara sejak beberapa dekad yang lalu.

Yang mana yang betul ???

7 ulasan:

  1. ambik kesemua jer la...tengok maksud lebih kurang jer..janji siap..

    BalasPadam
  2. jenuh la nk amik semua. dh la kena tulih tangan..tapi tak pa..dh antaq dahhhh.

    BalasPadam
  3. thanks share :D
    buat rujukan ,
    esok kena present pengertian seni visual, hee ^^,

    BalasPadam
  4. Wsalam......sapa2 nk copy amik la ye... silakan..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..thanks bgi saya copy...
    boleh buat rujukan utama.. ^_^..

    BalasPadam
  6. NAK COPY BOLEH???

    BalasPadam

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Kongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat