Rabu, 21 April 2010

Mari Mengaji

Ada seorang ustaz pernah bagitau kat aku. Semasa kita hidup kita kena sentiasa mengaji (belajar). Ada banyak cara kita nak mengaji ni. Yang penting kita kena sayang dengan ilmu. Kalau la kita sentiasa senang dan lapang, kita boleh la menghadiri majlis2 mengaji.

Kalau la kita tak cukup masa pulak. kita boleh la tolong promosikan perkara tentang ilmu atau majlis ilmu. Nak buat camna kan dah tak dak masa. Maklum la banyak orang komen dalam facebook kita. Jadi kita leh la guna fb untuk promote majlis ilmu dimana2 yang kita tau. 

Nabi Muhammad pernah berpesan bahawa kita perlu tergolong dalam 2 golongan utama. Pertama golongan guru. Gunakan segala ilmu yang kita ada dan sampaikan kepada orang lain. Ilmu yang baik2 je la. Jangan duk ajar ilmu hack computer orang pulak. Jika tidak mampu maka jadi lah kita dalam golongan yang kedua iaitu golongan pelajar. Pi la belajar dimana2. Sekolah ka, masjid ka, surau ka, umah orang ka. Mana2 pun asalkan ilmu yang bermanfaat. 
Namun jgn jadi golongan yang ketiga. Golongan ni yang mengajaq tak mau, belajaq pun tak mau. Bak kata orang, cerdik tak boleh nak tumpang, bodoh tak boleh nak ajaq!

Nak promote pun tak larat? Tak pa la. Ada cara lain lg. Sukakan majlis2 ilmu. Suka pun jadi la. Mana tau dalam kita duk suka2 dapat dengaq majlis ilmu dalam radio ka, tv ka. Tak la kita teruih tukaq channel lain. Tak pun kita leh dengar bacaan Al Quran kat bawah ni.

 
Listen to Quran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen sket...Terima Kasih..