Tabiat kencing berdiri sememangnya tidak digemari dalam Islam. Dalam kes ni sudah semestinya melibatkan orang lelaki. Dalam Islam sendiri menyarankan orang lelaki kencing dalam keadaan bercangkung atau kita cakap bahasa biasa kencing duduk. Tahukah bahawa tabiat kencing duduk meningkatkan risiko menghidapi penyakit batu karang? Kenapa? Ini terjadi kerana
apabila seseorang itu kencing sambil berdiri, air kencing yang sepatutnya keluar sehingga ketitisan terakhir tidah dapat keluar sepenuhnya dalam posisi berdiri. Jadi ianya akan tersumbat di dalam pundi kencing. Inilah punca risikonya yang menyebabkan penyakit batu karang apabila titisan air kencing yang tersumbat terkumpul bertahun-tahun tanpa dikeluarkan dengan sepenuhnya.
Dalam keadaaan posisi berdiri, terdapat beberapa organ tidak dapat berfungsi dengan optimum atau sepenuhnya. Ini berlawanan apabila seseorang itu kencing dalam keadaan mencakung, saluran kencing dan yang berkaitan dengan proses kencing akan terbuka dan mengoptimimkan proses pembuangan air kencing. Dengan itu risiko penyakit batu karang dapat dikurangkan.
Dalam post ini kita dapat tahu bahawa banyak perkara yang telah digariskan dalam Islam sebagai panduan kepada kita namun tidak dinyatakan sebab-musababnya. Namun, kita sebagai manusia patut mengkaji dan yang paling penting mengamalkan ajaran dalam Al Quran dan Sunnah. Nanti akan dipost kan beberapa Sunnah yang telah dikaji oleh saintist2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila beri komen sket...Terima Kasih..