dinkssemut
tentang apa jua...
klik sini
Selasa, 23 Disember 2014
Rabu, 9 Mei 2012
Status Video Penderaan Bayi
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
Rabu, 16 November 2011
Semak keputusan UPSR melalui SMS
pic taken from lanunsepet.blogspot.com |
PUTRAJAYA – Para calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai pukul 10 pagi Khamis.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 Nov.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi Khamis. – BERNAMA
Sabtu, 17 September 2011
Ukiran Kayu
Jumaat, 19 Ogos 2011
PERBANDINGAN PEMBIAYAAN ANTARA INSTITUSI KEEWANGAN - BAHAGIA 2
A.
PINJAMAN
KENDERAAN – MOTOSIKAL
Pinjaman Kenderaan (
motosikal ) Syarikat Kredit Chin Hin Jitra Sdn. Bhd.
Tawaran
1. Harga
motosikal yang menarik.
2. Terdapat
pelbagai jenis motosikal sedia ada di bilik pameran.
3. Baucer
RM 150.00 dengan setiap pembelian sebarang jenis motosikal.
4. Layanan
istimewa sebelum dan selepas jualan dari pegawai pemasan yang bertauliah.
5. Khidmat
selepas jualan yang memberansangkan dengan penyediaan talian tol percuma
1-300-88-0567.
6. Percuma
keahlian Kelab Servis Chin Hin selama setahun dengan memberikan pelbagai jenis
tawaran hebat termasuk diskaun servis motosikal yang menarik.
7. Bayaran
pendahuluan muka ( downpayment )
serendah RM 1300.00.
8. Kadar
faedah keuntungan serendah 10%.
9. Bayaran
ansuran sehingga 5 tahun.
(
kesemua tawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan)
Penerangan
Chin Hin Jitra Sdn. Bhd merupakan
salah satu syarikat menjual motosikal yang terkenal di seluruh negeri Kedah dan
Perlis. Ia menawarkan pelbagai jenis motosikal baharu mahupun terpakai dengan
harga yang sangat kompetatif.
Chin Hin Jitra Sdn. Bhd juga
menawarkan pinjaman secara kredit melalui pembayaran ansuran bulanan sehingga 5
tahun.
Saya
mengandaikan ingin membeli motosikal jenama Yamaha jenis LC135 keluaran 2011.
Harga seunit ditawarkan ialah RM 6200.00. Chin Hin Jitra Sdn. Bhd telah
menetapkan kadar faedah keuntungan adalah 10% bagi pinjaman setahun, 20% bagi
pinjaman 2 tahun, 30% bagi pinjaman 3 tahun dan seterusnya. Oleh kerana harga
motosikal agak tinggi saya akan memilih pinjaman selama 3 tahun dan saya akan
dikenakan 30% kadar faedah keuntungan.
Chin
Hin Jitra Sdn. Bhd juga telah menetapkan bayaran minimum wang muka (downpayment) bagi motosikal jenis ini
ialah RM 2800.00.
Rabu, 17 Ogos 2011
PERBANDINGAN PEMBIAYAAN ANTARA INSTITUSI KEEWANGAN. - BAHAGIAN 1
PENGENALAN
Di
dalam kepesatan kemajuan Negara, institusi keewangan turut memainkan peranan penting
sebagai sumber penggerak ekonomi Negara dan membentuk halatuju perkembangan
ekonomi.
Walaupun dikawalselia dan diberi
panduan oleh pihak Bank Negara Malaysia, institusi keewangan masih lagi boleh
dan mempunyai ruang yang luas bagi mendapatkan keuntungan yang maksima.
Justeru itu, pihak institusi
keewangan menawarkan pelbagai pinjaman, pembiayaan, simpanan, skim, produk,
pakej dan banyak lagi bagi menarik lebih ramai pelanggan. Pelbagai pembiayaan
pinjaman yang ditawarkan merupakan salah satu cabang utama pendapatan sesebuah
institusi keewangan melalui kadar keuntungan yang dikenakan terhadap peminjam.
Tambahan pula dewasa ini, pinjaman
melalui institusi keewangan merupakan salah satu jalan mudah dan cepat bagi
memenuhi tujuan yang tertentu seperti kegunaan peribadi, membeli rumah,
pembiayaan kenderaan, membeli saham amanah, mengerjakan umrah ziarah, melancong
dan sebagainya.
Dari itu, sebagai pengguna kita
perlulah membuat kajian , pemerhatian dan perbandingan sebelum menandatangani
sesuatu pembiayaan pinjaman.
Jumaat, 12 Ogos 2011
Garisan
Pengenalan
- Garisan merupakan kesan dari satu titik permulaan yang digerakkan merentasi sesuatu kawasan di atas permukaan dengan menggunakan alat dan bahan. Garisan dapat dilihat pada benda semula jadi dan buatan manusia.
- Dalam buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSM (2000) terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mendefinisikan 'Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula daripaa satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya'.
- Dalam buku Art Fundamentals menyatakan:'Line - The path traced by the point of a tool, instrument, or medium as it moves across an area. A line is visible when it contrasts in value with its surroundings. Three-dimensional lines may be made using string, wire, tubes, solid rods, and the like.'
- garisan tegak
- Garisan tebal
- Garisan nipis
- garisan melintang
- garisan penjuru
- garisan melengkung
- garisan zig-zag
- garisan beralun
- garisan titik-titik
- garisan berlingkar
- garisan memancar
Garisan tebal |
Garisan nipis |
Langgan:
Catatan (Atom)