PENGENALAN
Di
dalam kepesatan kemajuan Negara, institusi keewangan turut memainkan peranan penting
sebagai sumber penggerak ekonomi Negara dan membentuk halatuju perkembangan
ekonomi.
Walaupun dikawalselia dan diberi
panduan oleh pihak Bank Negara Malaysia, institusi keewangan masih lagi boleh
dan mempunyai ruang yang luas bagi mendapatkan keuntungan yang maksima.
Justeru itu, pihak institusi
keewangan menawarkan pelbagai pinjaman, pembiayaan, simpanan, skim, produk,
pakej dan banyak lagi bagi menarik lebih ramai pelanggan. Pelbagai pembiayaan
pinjaman yang ditawarkan merupakan salah satu cabang utama pendapatan sesebuah
institusi keewangan melalui kadar keuntungan yang dikenakan terhadap peminjam.
Tambahan pula dewasa ini, pinjaman
melalui institusi keewangan merupakan salah satu jalan mudah dan cepat bagi
memenuhi tujuan yang tertentu seperti kegunaan peribadi, membeli rumah,
pembiayaan kenderaan, membeli saham amanah, mengerjakan umrah ziarah, melancong
dan sebagainya.
Dari itu, sebagai pengguna kita
perlulah membuat kajian , pemerhatian dan perbandingan sebelum menandatangani
sesuatu pembiayaan pinjaman.