Selalukah kita berdoa kepadaNya? Gambar hiasan - sumber google |
Wahai Ibrahinm Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankanNya. Beritahu kami apa sebabnya? Ibrahinm Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan oleh 10 perkara:
- Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
- Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
- Kamu mendakwa mencintai Rasullullah S.A.W tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
- Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
- Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
- Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
- Kamu makan rezeki Allah tetapi kamu lupa mensyukurinya.
- Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.
Adakah doa kita diterima? |
Sumber : Poster dinding.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila beri komen sket...Terima Kasih..