klik sini

Ahad, 2 Mei 2010

Selawat Syifa'



Salam, pada 10.01.10 yang lalu saya telah terkena serangan jantung yang hampir menyebabkan maut. Alhamdulillah, Allah membuka peluang untuk saya masih mendiami muka bumi seterusnya bertaubat dan menjalankan suruhanNya serta meninggalkan laranganNya. Diucapkan terima kasih kepada Cikgu Mohd Tarmizi serta Pak Nik yang bergegas menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada hari kejadian. 

Kali ini bukanlah niat saya hendak menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada hari itu, mungkin saya akan flashback di lain posting. Tujuan saya ialah ingin kongsikan 1 perkara yang mungkin anda sudah mengetahuinya ataupun tidak iaitu mengenai kebaikan membaca selawat syifa'. Selawat ini bolehla di amalkan setiap hari terutamanya ketika hendak minum air. Caranya :

  1. Menyediakan 1 gelas air minuman yang bersih.
  2. Didahulukan dengan membaca al-Fatihah 1 kali ataupun 7 kali.
  3. Membaca selawat syifa' 1 kali.
  4. Minum minuman di dalam gelas tadi. Perlu diingatkan bahawa minuman itu hendaklah dihabiskan.

Itulah, secara ringkas cara mengamalkan selawat syifa' ini yang telah disampaikan oleh orang2 tua. Kebaikannya ialah, Insyaallah dengan izin Allah dapat menyembuhkan segala jenis penyakit. Sudah semestinya jika kita sakit kita perlukan ubat. Disamping kita berusaha dengan ubat ciptaan teknologi moden, jangan kita lupa bahawa ubat hanya dapat berkesan hanya dengan izinNya dan selawat syifa' juga adalah sejenis ubat. Selamat beramal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat