klik sini

Sabtu, 23 Julai 2011

Merokok Adalah Haram - Aku diberi peluang kedua

Assalamualaikum,
Lama dah tak menulis. Maklum la aktiviti seharian sangat sibuk. Jika kita fikir-fikir, rasa seperti tidak cukup masa 24 jam dalam sehari. Seperti hari ini, 24 Julai 2011. Rasa seperti baru ja bulan Januari.Tup-tup dah masuk bulan Julai dah. 

Sebelum lari dari topik, kat bawah ni ada copy paste sket dari web (klik sini untuk pi ke web tu) orang lain. Berita mengenai fatwa haram merokok. 


PUTRAJAYA – Bilangan perokok di negara ini masih terus meningkat meskipun pelbagai kempen mengenai fatwa Merokok Adalah Haram telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, beliau melihat masih ramai umat Islam negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram tersebut.
“Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram. Oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan mengadakan kerjasama bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenainya,” katanya di sini hari ini.
Othman berkata, antara kerjasama yang dilakukan oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan adalah dengan mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
Menurutnya, seminar itu juga diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan pada penghujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok.

Ulasan sket : Sebelum ini aku boleh la dikatakan sebagai heavy smoker. Mana taknya, aku sekurang-kurangnya sekotak sehari. Kotak besaq pulak tu. Tu kira basic. Kalau sambil menonton tv atau belek komputer lagi la laju. Satu lagi pulak masa drive kereta. 
Bayangkanlah tabiat ini berlarutan dari aku sekolah menengah lagi. Akhirnya aku terpaksa menerima akibat yang sangat dahsyat. Pada 10/01/10 (cantikkan tarikh tu) aku terkena serangan jantung. Masa tu waktu rehat kat sekolah. Baru mula nak makan. Nasi dah di hadapan mata. Teh ais pun ada. Doa makan pun dah.

Tiba-tiba aku rasa badan letih sangat. Dada seperti burning. Panas sangat. Seperti tiada tenaga lansung. Kedua-dua tangan menjadi lenguh. Nak dijadikan cerita pada masa tu aku dah demam 2 hari. Dalam otak fikir ni mungkin effect panadol makan pagi tadi kot. Pastu peluh mencurah-curah. Kat sebelah time tu En. Pak Wan Ahmad - Guru Besaq SK Hujung Keton, kat depan En. Tarmizi - cikgu Math/BM/KH dsb. Cikgu Aris pun ada. Pak Nik pun ada. 

kereta gen2 aku tetapi sekarang aku dah juai.-terima kasih sahabat
Badan terus berpeluh sampai baju kemeja basah cam kena simbah. Memang basah habis. GB terus suruh pi klinik. Cikgu Mizi bawak kereta gen2 aku tu. Pak Nik teman sekali. Dalam kereta Pak Nik tolong picit-picit tangan. Memang sedap kena picit. Anggota lain memang dah tak larat nak buat apa dah. tak bermaya sangat-sangat.


Sampai ja kat poliklinik Kubur Panjang terus masuk jumpa doktor. Pak Nik kata ni masalah angin ja. Memang pun sejak 2 menjak ni perut asyik angin ja. Doktor check ja terus dia tulih surat. " Ni kena serangan jantung ni...Hampa pi Sultanah Bahiyah ( hospital) teruih la ni jugak! Jangan pi Kuala Nerang (hospital). Jangan tunggu esok, la ni jugak!".. ingat lagi ayat doktor tu.

Naik kereta, Mizi terus pecut. Dia pulak penduduk tempatan, memang terer jalan short-cut nak pi Hospital Sultanah Bahiyah. Dalam kereta aku dah seperti separuh mati. Yang berfungsi hanya otak dan separuh jantung ja kot sebab aku dah tak leh bergerak tetapi aku masih boleh berfikir. Apabila kereta bergerak ke kiri atau kanan badan aku pun sama terbalik atas kusyen kekiri dan kanan. Pak Nik lah yang angkat aku balik. 

Dalam fikiran aku, aku hanya mampu berdoa kepada Allah...."Ya Allah berilah aku peluang kali ke-2"...Wajah pertama yang terlintas di fikiran anak aku , Amir Fairus. " Ya Allah...aku nak cium anak aku.." Aku terus berdoa sehingga menangis. Di saat aku menulis ni pun aku menangis teringat detik-detik tu. Doa-doa aku yang lain biaq la aku dan Allah sahaja yang tau.

Sampai di Sultanah Bahiyah terus masuk kecemasan zon merah. Di beri rawatan. Diringkaskan cerita, terpaksa ditempatkan di wad CCU yakni pesakit kritikal serangan jantung. Yang masuk CCU ni banyak yang tunggu NOKTAH. Alhamdulillah, stabil dan pindah CRW seminggu. Keluaq HSB dapat mc 6 minggu.

Sekarang aku dah berenti merokok. Kawan-kawan, sahabat handal, saudara-mara, semua manusia. Berhenti la merokok. Sekarang dah tak boleh kerja berat. Kalau jogging sket dah sakit dada. Nak angkat tv pun tak berani. Aktiviti yang boleh buat dengan selesa sekarang ialah berbasikal. Tu pun dalam 20km sehari ja. Kalau lebih mula la rasa semacam kat dada.


Berenti la ye. Jangan jadi macam aku. Dah kena baru menyesal. Tu pun Alhamdulillah diberi peluang lagi. Kalau padam terus??? Terima Kasih Mizi, Pak Nik, Pak Wan, Aris n semua warga SK Hujung Keton. Aku rindukan hampa semua. Semoga Allah meberikan yang terbaik untuk hampa. Terima kasih sekali lagi. 
Pak Wan batik hitam...Cikgu Tamizi batik kuning

Cikgu-cikgu perempuan yang sporting

Ni masa majlis perpisahan Pak Wan

Aris yang no-2 dari kiri. Aku yang batik kuning yang berdiri tu.


Wassalam...

Cuba baca entry Tanda-tanda Jantung Bermasalah


2 ulasan:

  1. Fuh..touching...seb bek x merokok..klu tak..trus benti..hee..do tk care yar!

    BalasPadam
  2. Berat wooo nk berenti Suzi...Alhamdulillah Allah bagi jalan. Tapi kalo ada sesapa nk berenti jgn la pilih jln ni...

    BalasPadam

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat