klik sini

Rabu, 9 Mei 2012

Status Video Penderaan Bayi

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia



Rabu, 16 November 2011

Semak keputusan UPSR melalui SMS


pic taken from lanunsepet.blogspot.com

PUTRAJAYA – Para calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai pukul 10 pagi Khamis.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 Nov.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi Khamis. – BERNAMA

Sabtu, 17 September 2011

Ukiran Kayu



PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.


Sejarah perkembangan Ukiran kayu

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Jumaat, 19 Ogos 2011

PERBANDINGAN PEMBIAYAAN ANTARA INSTITUSI KEEWANGAN - BAHAGIA 2


A.   PINJAMAN KENDERAAN – MOTOSIKAL

Pinjaman Kenderaan ( motosikal ) Syarikat Kredit Chin Hin Jitra Sdn. Bhd.
Tawaran
1.    Harga motosikal yang menarik.
2.    Terdapat pelbagai jenis motosikal sedia ada di bilik pameran.
3.    Baucer RM 150.00 dengan setiap pembelian sebarang jenis motosikal.
4.    Layanan istimewa sebelum dan selepas jualan dari pegawai pemasan yang bertauliah.
5.    Khidmat selepas jualan yang memberansangkan dengan penyediaan talian tol percuma 1-300-88-0567.
6.    Percuma keahlian Kelab Servis Chin Hin selama setahun dengan memberikan pelbagai jenis tawaran hebat termasuk diskaun servis motosikal yang menarik.
7.    Bayaran pendahuluan muka ( downpayment ) serendah RM 1300.00.
8.    Kadar faedah keuntungan serendah 10%.
9.    Bayaran ansuran sehingga 5 tahun.
( kesemua tawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan)
Penerangan
            Chin Hin Jitra Sdn. Bhd merupakan salah satu syarikat menjual motosikal yang terkenal di seluruh negeri Kedah dan Perlis. Ia menawarkan pelbagai jenis motosikal baharu mahupun terpakai dengan harga yang sangat kompetatif.
            Chin Hin Jitra Sdn. Bhd juga menawarkan pinjaman secara kredit melalui pembayaran ansuran bulanan sehingga 5 tahun.
Saya mengandaikan ingin membeli motosikal jenama Yamaha jenis LC135 keluaran 2011. Harga seunit ditawarkan ialah RM 6200.00. Chin Hin Jitra Sdn. Bhd telah menetapkan kadar faedah keuntungan adalah 10% bagi pinjaman setahun, 20% bagi pinjaman 2 tahun, 30% bagi pinjaman 3 tahun dan seterusnya. Oleh kerana harga motosikal agak tinggi saya akan memilih pinjaman selama 3 tahun dan saya akan dikenakan 30% kadar faedah keuntungan.
Chin Hin Jitra Sdn. Bhd juga telah menetapkan bayaran minimum wang muka (downpayment) bagi motosikal jenis ini ialah RM 2800.00.

Rabu, 17 Ogos 2011

PERBANDINGAN PEMBIAYAAN ANTARA INSTITUSI KEEWANGAN. - BAHAGIAN 1


 SALAM....
DISINI ADA TUGASAN LITERASI NOMBOR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN. INI AKU PUNYA WEHHHH...JANGAN COPY SEBIJIK-SEBIJIK...UBAH LA SAMA. 
TUNGGU BAHAGIAN KEDUA MENGENAI PINJAMAN KENDERAAN.
SEMOGA MEMBANTU. ADIOSSS.

PENGENALAN
            Di dalam kepesatan kemajuan Negara, institusi keewangan turut memainkan peranan penting sebagai sumber penggerak ekonomi Negara dan membentuk halatuju perkembangan ekonomi.
            Walaupun dikawalselia dan diberi panduan oleh pihak Bank Negara Malaysia, institusi keewangan masih lagi boleh dan mempunyai ruang yang luas bagi mendapatkan keuntungan yang maksima.
            Justeru itu, pihak institusi keewangan menawarkan pelbagai pinjaman, pembiayaan, simpanan, skim, produk, pakej dan banyak lagi bagi menarik lebih ramai pelanggan. Pelbagai pembiayaan pinjaman yang ditawarkan merupakan salah satu cabang utama pendapatan sesebuah institusi keewangan melalui kadar keuntungan yang dikenakan terhadap peminjam.
            Tambahan pula dewasa ini, pinjaman melalui institusi keewangan merupakan salah satu jalan mudah dan cepat bagi memenuhi tujuan yang tertentu seperti kegunaan peribadi, membeli rumah, pembiayaan kenderaan, membeli saham amanah, mengerjakan umrah ziarah, melancong dan sebagainya.
            Dari itu, sebagai pengguna kita perlulah membuat kajian , pemerhatian dan perbandingan sebelum menandatangani sesuatu pembiayaan pinjaman.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Garisan


Pengenalan
  1. Garisan merupakan kesan dari satu titik permulaan yang digerakkan merentasi sesuatu kawasan di atas permukaan dengan menggunakan alat dan bahan.  Garisan dapat dilihat pada benda semula jadi dan buatan manusia.
  2. Dalam buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSM (2000) terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mendefinisikan 'Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula daripaa satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya'.
  3. Dalam buku Art Fundamentals menyatakan:
    'Line - The path traced by the point of a tool, instrument, or medium as it moves across an area. A line is visible when it contrasts in value with its surroundings. Three-dimensional lines may be made using string, wire, tubes, solid rods, and the like.'


Jenis-jenis garisan :
    1. garisan tegak
    2. Garisan tebal  
    3. Garisan nipis
    4. garisan melintang
    5. garisan penjuru
    6. garisan melengkung
    7. garisan zig-zag
    8. garisan beralun
    9. garisan titik-titik
    10. garisan berlingkar
    11. garisan memancar

Garisan tebal

Garisan nipis



Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi



Ringkasan Biodata
As Syeikh Muhammad Idris Abdul rauf al Marbawi Rahimahullah
Latar Belakang
• As Syeikh Muhammad Idris b Abdul Rauf
• Lahir: Mekah, 1313H
• Dikenali sebagai ulama Melayu pertama di Mesir
• Daya ingatan kuat (hafaz 16 juz al Quran dan beberapa kitab lain
ketika 10 tahun)
• Meninggal dunia: 1989M
Sifat Peribadi
• Ulama besar nusantara
• Ahli bahasa,mahir dalam bidang hadis
• Menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat
• Berkhemah tinggi, gigih menuntut ilmu
Kejayaan Idris Marbawi dalam Bidang Pendidikan
• Hasilkan kamus Arab Melayu pertama Qamus al Marbawi dan Qamus al Jaib(Kitab ini saya tidak pernah jumpa)
• Tetap gigih menuntut ilmu sehingga memperoleh ijazah di al Azhar
• Pelajar Melayu pertama mendapat ijazah tersebut
Sumbangan Al Marbawi dalam Bidang Bahasa
• Hasilkan Bahrul Mazi, kitab hadis pertama dalam Bahasa Melayu tulisan jawi
• Tulis kitab dalam Bahasa Melayu agar menjadi bahan bacaan orang
Melayu
• Menulis Bulugh al Maram, kupasan hadis dalam Sahih Bukhari
• Dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
• Dianugerahi Tokoh Maal Hijrah Malaysia
* Hasilkan kitab hadis,fiqh, tafsir dan kamus
sumber : http://petahmuda.wordpress.com/2011/02/25/sheikh-abdul-rauf-idris-al-marbawi/

Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah. Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.

Lelaki kacak

Hadis yang Menarik

 Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

 Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

 Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana



'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'






Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

LIMA PULUH DAN SERINGGIT!!!

Salam...Ada email dari rakan...best jugak untuk dijadikan bahan bacaan ringan dan basuhan minda. Bacalah..


Sambil - sambil korang tunggu waktu nak bersahur ni, apa kata korang layan cerita dari LensaRosak ni dulu. Bagi terbuka sikit kepala otak kita pepagi ni.

gambar hiasan hasil dari google

Lima puluh ringgit dan satu ringgit berkawan baik. Selepas habis universiti, mereka dah jarang jumpa. Sehingga satu hari diorang terserempak dekat Uya Distro. Kan dah nak raya, kena tempah jahit baju rayalah kat Uya Distro ye dak?

Rabu, 3 Ogos 2011

APA IN-TEXT CITATIONS & REFERENCES

APA IN-TEXT CITATIONS & REFERENCES



APA ni??? haiwan ka? fairy ka? entah la tapi entri kali ini bukan pasai APA benda ni tapi mengenai APA yang lain. Sila baca di bawah :



Apakah APA?


– APA style merangkumi panduan untuk menulis dan menyediakan
manuscripts seperti dinyatakan oleh American Psychological Association
• Disiplin apa yang menggunakan APA Style
• Social Sciences: Psychology, Sociology, Anthropology
• Humanities: Education, Art
• Interdisciplinary studies: Technical Communication, Composition


KENAPA PERLU GUNA FORMAT APA?
• Membenarkan pembaca utk merujuk silang (cross-reference) sumber dgn mudah
• Memberi format yg konsisten dlm sesuatu disiplin
• Menjimatkan masa
• Memberi kredibiliti sbg penulis
• Membendung penulis daripada plagiarism



MENGELAKKAN PLAGIARISM
• Petikan drpd sumber yang sesuai dalam APA style boleh mengelakkan plagiarism,
yang merupakan satu kesalahan yg serius yg boleh mengakibatkan kegagalan
atau dilucutkan status pemegang biasiswa.


SISTEM RUJUKAN
Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

Kirigami

Salam...
Apa yang dimaksudkan dengan kirigami? Kirigami berasal dari perkataan Jepun iaitu "kiru" = to cut, "kami"=paper. Jadi secara asasnya kirigami merupakan satu aktiviti memotong kertas. Ia merupakan salah satu cabang seni dari katogeri origami. Terapat banyak teknik-teknik bagi mencipta kirigami tetapi disini aku nak tunjuk 2 contoh sahaja yang baru dipelajari dari pensyarah En. Zakariah Abdul Ghani pada sessi 30 Julai 2011 lepas.

Bagi nak senang cerita, tengok gambaq la ye... sebelum tu leh layan video dari u-tube ni. 



1. mula2 lipat kertas A4 kepada dua bahagian memanjang.

Selasa, 2 Ogos 2011

Haiwan paling pelik dan unik di dunia

berdasarkan anggaran baru-baru ini terdapat kira-kira 30-50 juta spesis di Bumi. Antara spesies burung biasa, anjing, kucing dan ikan tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat spesies aneh dan pelik yang anda mungkin tidak mendengar? Di sini disenaraikan di bawah adalah himpunan spesis haiwan yang paling pelik dan weirdest di Bumi.



Solenodon




berbisa haiwan ni. dikatakan ni antara haiwan yang hampir dengan zaman dinosour. dah nak pupus sangat-sangat dah ni.



African Civet



Yang ni musang Afrika asli..

Layan Mata Anda

Salam...Saja boring-boring...Jom layan mata....



yang ni itik ke arnab??? haa cer teka? seni nih..





bar tengah tu nampak seperti dari kelabu terang ke kelabu gelap tetapi sebenarnya tidak!!




Khamis, 28 Julai 2011

Slip Gaji Online


Salam...
Perkara yang nak dicoretkan ni dah lama dah dan mungkin dah lapuk. Maklumla mengenai slip gaji yang dah tak lagi dikeluarkan seperti dahulu dan sekarang semua main online ja. Tujuan utama entri kali ni adalah aku ni jarang-jarang nak tengok slip gaji ni. Maklumla, hari pertama dapat gaji ja dah hampir habis digunakan. Bayar sana, bayar sini, potong sana-sini habis la, namun aku masih bersyukur. Tapi bila sesekali nak kena ambik slip gaji online ni merata aku cari dalam internet. Sebabnya aku lupa dia punya address. Jadi, entri kali ni khas hanya kerana aku nak save address tu. Kalo buleh lain-lain address dalam bookmarks aku tu pu akan aku tulih sebagai entri. Biaq penuh berjela blog aku nih.

e-penyata gaji. Senang...Lain kali kalau aku nak print slip gaji lagi aku masuk blog aku sendiri dan klik ja kat situ. Pembaca pun leh gak try kot-kot lupa.

Kat bawah ni aku ada amik dari blog cikgu Azman lankah cara nak login e-penyata gaji ni.

Konsep Seni Visual - Complete


 PENGERTIAN SENI VISUAL

Seni Secara Umum Seni secara umum agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni bina, seni lakon, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya sendiri umpamanya Seni Persembahan (meliputi seni lakon, seni suara dan sebagainya), Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi, skrip drama dan sebagainya), dan Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya).

Seni silat merupakan salah satu cabang seni

Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol.

Konsep Seni Visual

Get more mileage with your ringgit with the #ProtonSagaFLX.

Get more mileage with your ringgit with the #ProtonSagaFLX.

Top 10 Bangkai Kapal Yang Terkenal

Walaupun berjuta-juta kapal pelbagai bentuk dan saiz telah dibina sepanjang abad-abad lalu, hanya segelintir telah mencapai kemasyhuran apa-apa jua yang mendekati. Kebanyakan orang-orang yang telah berbuat demikian,bagaimanapun, kapal perang atau kapal yang dipaparkan seperti tahap inovasi yang mereka dianggap sebagai prototaip dalam evolusi kapal.


Kapal yang lain,bagaimanapun, mencapai terkenal, bukan melalui pencapaian mereka atau kerana inovasi teknologi mereka, tetapi melalui bencana kegagalan. Malah, sea bed, sampah contoh kuasa kedua-dua sifat dan kecenderungan manusia ke arah keganasan, salah perhitungan, dan nasib malang yang mudah. Tentu saja, hanya beberapa kapal yang bertemu dengan nasib yang tragis teringat oleh kebanyakan orang hari ini, walaupun sebab-sebab mereka untuk berbuat demikian sebagaimana yang diubah sebagai jenis kapal itu sendiri:


Sesetengah menjadi terkenal sebagai kapal perang yang meninggal dunia mencetuskan konflik atau dibuat apa-apa sumbangan besar kepada konflik yang diingati dalam hak sendiri,orang lain menjadi terkenal kerana mereka membawa nasib yang besar dalam memegang mereka apabila mereka pergi ke bawah atau kerana kehilangan besar daripada kehidupan yang terhasil dari tenggelam mereka.


Beberapa daripada menjadi terkenal kerana kehilangan mereka yang tidak dijangka dan misteri bahawa mereka menjadi barangan lagenda. Malangnya, terdapat berpuluh-puluh bangkai kapal terkenal sepanjang sejarah untuk memilih, menjadikan ia sukar untuk merapatkan hanya sepuluh, tetapi ini adalah usaha yang terbaik.




10. Steamship S.S. Republic, 1865



Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat