klik sini

Selasa, 26 Oktober 2010

6 Perkara Kenapa Malas Pi Kursus

dinding dewan Zaaba tempat kursus
Assalamualaikum. Kelmarin PK aku bagi surat suruh aku pi Kursus KSSR untuk guru-guru tahun 1 2011. Ni bermaksud aku kena mengajar tahun 1 la tahun depan. Xkisah la janji kerja halal. Tapi sebelum aku setuju untuk pi kursus tu aku merayu-rayu depan PK aku nak tolak bagi kat orang lain. Alasan aku, aku tak dak transport yang sesuai. Ye la, kereta Gen2 aku dah juai dah bulan lepaih. Yang tinggai hanya moto Honda EX5 lama tu. Itupun moto bapak aku. Memang aku tak berharta la kiranya sekarang nih.
Kereta Gen2 aku dan rumah barunya


Nak dijadikan cerita hampir semua guru BI yang lain ada masalah untuk menggantikan aku, jadi terpaksa la aku pi. Sebenarnya bukan pasai transport sangat yang menyebabkan aku tak mau pi tetapi atas beberapa sebab :

  1. Yang pi kursus mesti ramai cikgu-cikgu pompuan. Jadi kalo kena pecah grouping mesti kena jadi ketua atau kena jadi presenter. Cara selamat ialah mengatakan pi ganti orang dan bukan dari option BI. Cakap cam ni "ish,,kak saya ni ganti orang ja pun. Cikgu BI tu laki dia tak leh hantaq. Ni mai nak ambik bahan ja. Saya buka reti speaking". Depa musti kesian.
  2. Bila pi kursus, cikgu-cikgu lama yang tangga gaji tinggi mesti pakai kereta hebat-hebat seperti Honda Civic FD, Volvo, BMW, Lancer, WV golf, Perdana V6 and bla bla bla bla. Depa ni mesti jeling sinis bila tengok EX5 buruk ayah aku tu. Sebab tu kursus mula kui 8 tapi aku sampai 8.30 sebab masa tu semua dah masuk dewan dah. Depa tak tau aku mai naik apa.
  3. Setiap slot kena tulih nama dan sain. Selain tu kena tulih no telefon, tulih nama sekolah, tulih daerah mana dan yang paling JEM sekali tangga gaji. Awat la yang kena tulih tangga gaji tak tau??? Ni yang aku malu ni. Orang lain kebanyakkan terutama KPLI gaji DGA41. Yang dah lama bertugas dah naik DGA32. Mesti orang lain kata, " laa ingat dah pupus dah DGA29, rupanya ada lagi sorang. Hahahaha (ketawa beramai-ramai). Tadi masa tulih tadi aku tengok dalam daerah Kota Setar aku sorang ja DGA29. Bukan tak mau sambung belajaq tapiiiii.....arrgh malas la nak cakap kang tak pasai-pasai aku marah pulak.
  4. Yang berikutnya tak kenai sapa-sapa. Dulu aku posting kat Ampang, Selangor. Baru tahun lepas pindah balik Kedah. Jadi tak berapa kenai cikgu-cikgu kat sini. Kira baru nak buat kawan. Cikgu kat Kedah ni pulak banyak yang otai-otai. Kena respect beb. Pengalaman lebih. Ada 2 orang cikgu yang aku sembang-sembang tahun depan dah nak pencen. Mai kursus ni kira sekadar nak bercuti-cuti ja. Tak kenai orang ni masalah ooo. Jadi koraa (kura-kura). Dok kot nu tak kena, kot ni tak kena. Jalan laju tak kena, pelan tak kena. Time makan menilau cari meja. 
  5. Yang paling hampeh sekali ialah kena wat presentation. Cemuih. cemuih. Selalunya geng2 JU ja yang dengaq orang wat presentation. Yang lain kalut dok sembang punya. Tapi kalo taktik pertama menjadi selamat la.
  6. Last, kena balik lambat. Kui 4 lebih baru leh balik. Kalo tak pi kursus 1.15 dah leh balik. Kui 1.30 dah ada kat umah dah. Ni, kui 5 pun blum sampai lagi. (EX5 hanya leh mencapai 50km sejam)
baju yang aku pakai hari ini

  Dah le tu 6 point. Kalo tulih banyak-banyak point kang marah pulak orang yang organised kursus-kursus. Nanti aku cerita bab best pulak pi kursus ye...

Wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat