klik sini

Selasa, 26 Oktober 2010

Macam mana nak buat ni???

Assalamualaikum. Pening-pening. Apa yang hendak dicoretkan dalam blog??? Sedangkan orang lain mencurah-curah idea. Ada yang tiap-tiap hari ada catatan. Tiap-tiap hari aku ber blog-walking yakni bersiar-siar sambil membaca blog orang lain. Tapi blog sendiri tak diupdatekan pun. Kenapa? Yang paling penting kenapa aku buat blog? Sebab free?

Sebabnya adalah kerana aku selalu membaca blog orang lain. Dari situ datangnya minat untuk memiliki blog sendiri. Dan melalui pembacaan dari blog orang lain yang lebih berpengalaman dan berpenetahuan luas dalam dunia IT barulah aku dapat sedikit kefahaman ringkas. Untuk menulis dalam blog senang saja. Tulis apa saja yang dilalui atau terlintas dalam fikiran. Ingat, Blog adalah pendapat individu. Jadi, apa yang terlintas adalah pendapat sendiri. Tulis untuk diri sendiri dan berkongsi pendapat dan pandangan dengan orang lain.

Jadi, mulai hari ini, aku nekad untuk mula menulis semula blog tidak kiralah dari apa tajuk sekalipun. Masuk je. Benda free kan. Posting pendek-pendek pun tak apa. Macam diari peribadi di alam maya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat