Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam)
SOALAN: Saya seorang pegawai kerajaan yang membayar zakat gaji secara
bulanan kepada pihak-pihak yang berhak menerimanya. Saya tunaikannya sebaik
sahaja gaji diterima. Saya tidak mempunyai masalah pada zakat itu, kerana
kadar 2.5 peratus tidak membebankan sara hidup saya dan keluarga. Kalaupun
tidak dikeluarkan zakat, gaji saya dipotong juga atas nama cukai pendapatan.
Saya difahamkan,ulama tidak sepakat menyatakan sama ada gaji wajib
dizakatkan atau sebaliknya.
Soalan saya, apa pendapat ulama dalam mazhab Shafie mengenai zakat gaji?
Apa
kesannya terhadap zakat dan ibadat saya jika saya tidak mengambil berat
tentang mazhab yang saya ikuti? Bagaimanapun, saya tidak berminat menukar
mazhab Shafieyang saya ikuti ini kepada lain-lain mazhab. – ABDULLAH, Kota Bharu, Kelantan.
JAWAPAN:
Saya tidak ingin membuat sebarang ulasan atas sikap saudara yang tidak
berminat dengan mazhab-mazhab selain Shafie kerana mazhab ini juga termasuk
antara mazhab yang diterima pakai oleh sebahagian besar umat Islam di rantau
ini,bahkan di seluruh dunia. Ulama Islam mempercayai Imam Shafie tidak
memfatwakan sesuatu masalah, kecuali beliau mempunyai hujah sama ada daripada
al-Quran,al-sunah, sebagaimana yang diputuskan dalam usul bagi mazhabnya.
Mazhab-mazhab lain juga boleh dipakai khususnya Hanafi, Maliki dan
Hanbali,
kerana mereka semua sepakat menjadikan al-Quran dan hadis sebagai
teras bagi mazhab masing-masing. Kalaupun ada perbezaan pendapat, maka
perbezaan itu hanya pada furu’ (cabang-cabang) masalah. Kata sesetengah
ulama, perbezaan pendapat antara imam-imam mazhab itu, bukannya perbezaan
antara benar dan salah, tetapiantara benar dan yang lebih benar, antara
afdal dan yang lebih afdal.
Gaji yang dimaksudkan di sini ialah bayaran yang diterima seseorang
sebagai
upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu,
termasuk juga dalam istilah gaji, wang elaun, imbuhan atau bonus hasil sewa
bangunan atau keuntungan pelaburan daripada apa-apa pekerjaan, perkhidmatan
dan perolehan lain. Ulama Islam tidak sepakat dalam menentukan sama ada
pendapatan gaji diwajibkan zakat atau tidak.
Perselisihan pendapat berpunca daripada wujudnya keterangan al-Quran dan
hadis
yang dengan jelas menyebutkan harta yang diwajibkan zakat ialah emas,
harta perniagaan, nilai tanaman dan ternakan. Zakat pertanian diperintah
supayadikeluarkan pada hari ia dituai atau dipetik (lihat surah al-An’am:
ayat 141).Zakat emas dan perak pula dinyatakan, sesiapa yang menyimpannya,
tanpa dikeluarkan zakatnya, nanti akan dibakar dahi dan rusuknya dengan api
neraka(surah al-Taubah: ayat 34 dan 35).
Zakat ternakan pula dinyatakan dalam hadis. Secara umumnya meliputi
ternakan
lembu, kambing dan kerbau. Zakat dikira mengikut bilangan binatang
yang dipelihara setelah cukup nisabnya. Keterangan boleh diikuti dalam
kitab-kitab fiqh dan hadis (sebagai contoh, lihat Nail al-Awtar, 4/132).
Gaji atau upah kerja tidak disebut dengan jelas, sama ada di dalam
al-Quran
atau hadis sebagai pendapatan yang dikenakan zakat. Bagaimanapun,
Dr. Yusufal-Qaradawi memasukkan wang gaji dalam kategori al-mal al-mustafad
(harta perolehan/pendapatan) yang dikeluarkan juga zakatnya pada zaman
pemerintahan Muawiyah dan Umar ibn Abdul Aziz.
Justeru tiada nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis memperkatakan
hukum
zakat gaji atau upah kerja, imam-imam Shafie, Malik dan Ahmad
mengambil kesimpulan tidak wajib zakat pada gaji.
Zakat hanya diwajibkan pada harta-harta hasil pertanian,
perniagaan,
penternakan dan nilai-nilai emas perak dan wang iaitu sebaik
sahaja cukup syarat nisab (sukatan nilai) dan haul (tempoh masanya). Imam Abu
Hanifah berpendapat, ayat 267 surah al-Baqarah menunjukkan pendapatan melalui
gaji dan lain-lain juga diwajibkan zakat. Ayat itu membawa terjemahan
berikut:
Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu
yang
baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk
kamu .Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya untuk diderma
atau dijadikan zakat.
Kebanyakan ulama termasuk Shafie dan lain-lain, menafsirkan ayat ini
dengan
infaq (perbelanjaan) am dan sedekah sunat. Suruhan atau perintah di
dalam ayat267 al-Baqarah itu hanya membawa erti sedekah atau merangsang
golongan berada supaya turut membantu golongan miskin atas dasar ihsan dan
belas kasihan. Dr.Mustafa al-zarqa cenderung kepada pendapat ini kerana
gaji, menurutnya, kalaupun besar kadarnya ia adalah bayaran yang mencukupi
sesuai dengan tara fdan gaya hidup seseorang pekerja.
Tambahan pula, zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam.
Keislaman
seseorang akan terjejas dengan terabainya zakat pada harta yang
tidak ditunaikan zakat. Oleh itu, wajar sekali al-Quran atau hadis
membutirkan dengan jelas semua harta yang wajib zakat termasuklah gaji dan
upah kerja. Dalam keadaan harta itu tidak dinyatakan dengan jelas, maka
secara mudahnya difahami sebagai tidak wajib, sedangkan pada zaman nabi juga
ada pekerja-pekerja yang mengambil upah atau makan gaji menurut istilah
sekarang.
Imam Abu Hanifah pula berpendapat, ayat 267 al-Baqarah itu berkenaan
zakat
wajib. Oleh itu beliau berpendapat, semua harta yang diusahakan
melalui jalan-jalan yang halal dan hasil yang dikeluarkan dari bumi
hendaklah dizakatkan.
Ini bermakna gaji, upah kerja, hadiah, bonus dan apa juga hasil
yang
dikeluarkan dari bumi termasuk ubi kayu, sayur-sayuran dan
buah-buahan hendaklah dizakatkan semuanya.
Kebanyakan ulama mutakhir, termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi cenderung
kepada
pendapat ini. Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa perunding hukum
syaraknegeri-negeri di Malaysia juga setuju dengan pendapat ini
memandangkan banyaknya faedah dan muslihat kepada umat Islam terutama
golongan miskin dan kurang upaya.
Saya berpendapat, mazhab imam Abu Hanifah lebih sesuai diamalkan pada zaman
ini kerana dengan adanya zakat gaji yang diberi kepada fakir miskin, hubungan
kasih sayang dan perpaduan menjadi erat.
Dari aspek yang lain pula, jika zakat gaji itu ditadbir dengan baik oleh
satu
badan seperti Pejabat Pungutan Zakat (PPZ), tentu ia akan mengukuhkan
lagi institusi kewangan bagi membantu masyarakat Islam. Pengalaman Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan membuktikan kebaikan zakat ini dikuatkuasakan
melalui sistem dan peraturan.
Setelah keputusan diambil bahawa gaji juga wajib dizakatkan,
persoalan
selanjutnya berbangkit, bagaimana dengan syarat nisab dan haulnya?
Paling dekat dengannya ialah nisab dan haul pada zakat harta simpanan, nilai
nisabnya ialah85 gram (lebih kurang RM3,000 mengikut kadar turun naik nilai
harga emas).Tempoh haulnya ialah 354 hari, menurut kiraan tahun hijrah.
Kadar zakat yangdikenakan ialah 2.5 peratus daripada keseluruhan harta
simpanan, setelah ditolak perbelanjaan asasi untuk diri sendiri, isteri,
anak-anak dan ibu bapabagi tempoh setahun.
Sesetengah pendapat pula menyatakan, gaji diwajibkan zakat sebaik
sahaja
diterima, sekalipun belum cukup haulnya. Pendapat ini dihubungkan
kepada beberapa mazhab seperti Muawiyah, Ibn Hazm, Umar ibn Abdul Aziz dan
lain-lain.Ini bermakna apabila seseorang menzakatkan hartanya sebaik sahaja
gajinya diterima, maka tidak dikenakan zakat lagi pada akhir tahun (setelah
genaphaul). Amalan ini dikira lebih adil, terutama jika dibandingkan dengan
petaniyang mengeluarkan zakat padinya sebaik sahaja dituai.
Justeru di Malaysia ini kuasa-kuasa agama berada di negeri, maka
difahamkan
juga masih ada beberapa negeri yang belum memfatwakan zakat gaji
sebagai wajib.Ini pun menarik juga kerana kebebasan memilih pendapat dan
mengamalkan mana-mana yang difikir lebih menguntungkan pengetahuan agama,
masyarakat dan negara, maka perbezaan pendapat harus dimanfaatkan semaksimum
yang mungkin.
Sebagai kesimpulan kepada zakat gaji, tuan-tuan punya gaji boleh
dikategorikan
kepada tiga bahagian:
1. Tuan-tuan punya gaji yang tidak atau hanya mencukupi keperluan asasi
diri
dan keluarganya sahaja. Gaji ini tidak wajib dizakatkan menurut ijma
ulama,kecuali jika gaji disimpan hingga mencukupi kadar nilai 85 gram emas
yangbersamaan RM3,000 dan genap haulnya 354 hari. Pada ketika itu wang gaji
yang disimpan wajib dizakatkan sebanyak 1/40 atau 2.5 peratus.
2. Tuan-tuan punya gaji yang melebihi keperluan asasi iaitu makan,
minum,
pakai, kenderaan dan perubatan. Gaji yang lebih itu disimpan hingga
cukup nisab dan haul, maka wajib ke atasnya zakat.
Mereka menyimpan gaji yang lebih daripada keperluan itu. Wang simpanan
ini
diwajibkan zakat pada kadar 2.5 peratus.
3. Tuan-tuan punya gaji yang lebih daripada keperluan asasi tetapi
habis
dibelanjakan untuk bermewah tanpa tujuan sebenar. Harta yang lebih
daripada keperluan asasi ini wajib dizakatkan. Sebagai contoh, seorang itu
mempunyai pendapatan gaji sebanyak RM10,000 sebulan, sedangkan keperluan
asasinya hanya RM5,000. Dalam setahun akan terkumpul kira-kira RM60,000. Wang
ini wajib dizakatkan, sekalipun tiada lagi dalam simpanannya. Kadar zakatnya
ialah RM1,500 atau RM125 sebulan.
Untuk makluman saudara, saya difahamkan pihak pentadbiran PPZ
Wilayah
Persekutuan telah menyelaraskan kutipan cukai pendapatan dengan zakat
gaji bagi pihak orang Islam yang mempunyai gaji yang cukup nisab. Mereka
secara automatik telah mengambil sebanyak 2.5 peratus atas nama zakat,
manakala selebihnya dikekalkan atas nama cukai pendapatan.
Jika maklumat ini benar, maka saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada
pihak pentadbiran zakat atas daya usahanya untuk membersihkan gaji
yang diterima umat Islam, sekalipun hukum zakat gaji masih dipertikaikan.
Saya berpendapat, pihak pembayar cukai perlu mewakilkan kepada PPZ sebagai
waki lpenerima zakat untuk dimasukkan ke dalam tabung zakat yang nanti
akan diagih-agih kepada pihak-pihak yang berhak mendapat bantuannya.
Sumber: Utusan, Bicara Agama (05/06/2001)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila beri komen sket...Terima Kasih..