klik sini

Rabu, 27 Julai 2011

Petua Anak Pintar

Salam... Ada banyak petua untuk menjadikan anak kita pintar lagi bijak. Tetapi apa yang saya nak share hari ni adalah petua yang saya dapat dari note orang lain di facebook. Apa kelebihannya???

Kelebihhannya ialah petua no. 1 dan petua no. 5 memang selalu dilakukan oleh mak aku. Petua no 1 kata mak nak bagi jadi orang yang penyabar. Lain-lain kurang pasti namun kita boleh berikhtiar kan...
Di bawah ni petikan note tu...



Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. 

Ini ada satu petua dari ibu saya :

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali. 

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali 

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya. 

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur. 

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak. 

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. 

Selamat mencuba..... . 

bestkan jadi seorang ibu....


Terima Kasih Mak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat