klik sini

Khamis, 28 Julai 2011

Slip Gaji Online


Salam...
Perkara yang nak dicoretkan ni dah lama dah dan mungkin dah lapuk. Maklumla mengenai slip gaji yang dah tak lagi dikeluarkan seperti dahulu dan sekarang semua main online ja. Tujuan utama entri kali ni adalah aku ni jarang-jarang nak tengok slip gaji ni. Maklumla, hari pertama dapat gaji ja dah hampir habis digunakan. Bayar sana, bayar sini, potong sana-sini habis la, namun aku masih bersyukur. Tapi bila sesekali nak kena ambik slip gaji online ni merata aku cari dalam internet. Sebabnya aku lupa dia punya address. Jadi, entri kali ni khas hanya kerana aku nak save address tu. Kalo buleh lain-lain address dalam bookmarks aku tu pu akan aku tulih sebagai entri. Biaq penuh berjela blog aku nih.

e-penyata gaji. Senang...Lain kali kalau aku nak print slip gaji lagi aku masuk blog aku sendiri dan klik ja kat situ. Pembaca pun leh gak try kot-kot lupa.

Kat bawah ni aku ada amik dari blog cikgu Azman lankah cara nak login e-penyata gaji ni.


Selaras dengan perkembangan kemudahan infrastruktur ICT sekarang, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan mereka melalui perkhidmatan online di portal khas jabatan tersebut di e-penyata gaji dan laporan. Melalui perkhidmatan online e-penyata gaji dan laporan ini penjawat awam boleh memuat turun dan mencetak slip gaji dan penyata pendapatan tahunan mereka.

Merujuk kepada surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 bertarikh 29 September 2010 mengenai pelaksanaan sistem epenyata gaji dan elaporan, penyata gaji bulanan, penyata pendapatan tahunan dan laporan bulanan pejabat perakaunan mulai Oktober 2010 tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada pengguna dengan berkuatkuasanya pelaksanaan sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dari tarikh surat pekeliling tersebut.
Untuk menggunakan perkhidmatan online e-penyata gaji dan laporan ini juga amat mudah dan ringkas. Untuk mendaftar, penjawat awam hanya perlu memasukkan nombor gaji dan kad pengenalan mereka sahaja.

Untuk memudahkan lagi, disediakan juga disini empat langkah mudah kepada penjawat awam yang masih belum berpeluang mengunakan perkhidmatan e penyata gaji online ini;

Langkah Satu
Lawati portal Jabatan Akauntan Negara dan pilih senarai link di perkhidmatan online dan terus klik ke e-penyata gaji dan laporan. Link tersebuat akan membawa pelawat ke laman khas seperti gambar d i bawah ini.
Bagi pelawat yang baru pertama kali sampai ke laman tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah dengan klik ke link Pertama kali Mendaftar untuk proses pendaftaran yang mudah dan ringkas.

Langkah Dua
Untuk pendaftaran, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat sebagaimana yang diperlukan oleh borang pendaftaran di bawah ini:
Sekiranya ada dikalangan penjawat awam yang masih belum jelas mengenai di mana nak dapatkan nombor gaji, nombor tersebut boleh diperolehi dengan merujuk kepada slip gaji bulanan yang diedarkan oleh jabatan masing-masing.

Langkah Tiga
Setelah selesai urusan pendaftaran, pengguna boleh terus log in ke dalam sistem e-penyata gaji dan laporan tersebut dan paparan dashboard sistem tersebut adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui gambar di bawah ini:
Melalui dashboard ini pengguna boleh memilih untuk mengemaskini profil, tukar kata laluan dan sebagainya.

Langkah Empat
Untuk urusan pencarian penyata gaji bulanan dan juga penyata pendapatan tahunan, pengguna boleh klik di link yang telah disediakan mengikut keperluan masing-masing.
Pengguna juga boleh memuat turun dan juga cetak salinan penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan tersebut yang disediakan dalam format pdf.
Sungguh mudah dan ringkas. Secara peribadi perkhidmatan online e-penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan yang disediakan ini boleh membantu penjawat awam untuk menyemak status terkini penggajian dan juga pendapatan tahunan mereka bagi tahun-tahun lepas.
Pelaksanaan sistem epenyata gaji dan elaporan ini juga tertakluk kepada:

  1. Pengguna boleh memuat turun daripada Sistem, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan tahun semasa sehingga Jun tahun berikutnya. Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan boleh dimuat turun dari sistem bagi bulan semasa sehingga bulan ketiga berikutnya.
  2. Pengguna Sistem hendaklah mematuhi terma rujukan Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan yang dilampirkan.
  3. Setiap pengguna Sistem yang berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jabatan Akauntan Negara Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang manipulasi ke atas maklumat yang disampaikan melalui Sistem. Kesahihan maklumat di Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan.
Penjawat awam boleh mendaftar dan menggunakan kemudahan e-penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan di laman Jabatan Akauntan Negara.
Nota: Berdasarkan semakan akses ke laman Jabatan akauntan negara agak sukar pada masa ini, mungkin disebabkan terlalu ramai pengguna sedang menggunakan laman tersebut untuk tujuan pendaftaran dan juga muat turun penyata gaji masing-masing. Langkah yang boleh diambil adalah dengan cuba melayari laman berkenaan bukan di waktu puncak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat