klik sini

Rabu, 17 Ogos 2011

PERBANDINGAN PEMBIAYAAN ANTARA INSTITUSI KEEWANGAN. - BAHAGIAN 1


 SALAM....
DISINI ADA TUGASAN LITERASI NOMBOR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN. INI AKU PUNYA WEHHHH...JANGAN COPY SEBIJIK-SEBIJIK...UBAH LA SAMA. 
TUNGGU BAHAGIAN KEDUA MENGENAI PINJAMAN KENDERAAN.
SEMOGA MEMBANTU. ADIOSSS.

PENGENALAN
            Di dalam kepesatan kemajuan Negara, institusi keewangan turut memainkan peranan penting sebagai sumber penggerak ekonomi Negara dan membentuk halatuju perkembangan ekonomi.
            Walaupun dikawalselia dan diberi panduan oleh pihak Bank Negara Malaysia, institusi keewangan masih lagi boleh dan mempunyai ruang yang luas bagi mendapatkan keuntungan yang maksima.
            Justeru itu, pihak institusi keewangan menawarkan pelbagai pinjaman, pembiayaan, simpanan, skim, produk, pakej dan banyak lagi bagi menarik lebih ramai pelanggan. Pelbagai pembiayaan pinjaman yang ditawarkan merupakan salah satu cabang utama pendapatan sesebuah institusi keewangan melalui kadar keuntungan yang dikenakan terhadap peminjam.
            Tambahan pula dewasa ini, pinjaman melalui institusi keewangan merupakan salah satu jalan mudah dan cepat bagi memenuhi tujuan yang tertentu seperti kegunaan peribadi, membeli rumah, pembiayaan kenderaan, membeli saham amanah, mengerjakan umrah ziarah, melancong dan sebagainya.
            Dari itu, sebagai pengguna kita perlulah membuat kajian , pemerhatian dan perbandingan sebelum menandatangani sesuatu pembiayaan pinjaman.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat i-Aslah
Tawaran
1.    Pembiayaan tunai sehingga RM 200,000.00
2.    Tempoh bayaran balik sehingga 20 tahun.
3.    Had umur yang tinggi iaitu 58 tahun.
4.    Kelulusan segera.
5.    Tanpa penjamin
6.    Kadar keuntungan serendah 3.25%.
Huraian dan ulasan
            Saya mengandaikan ingin membuat pinjaman peribadi i-Aslah oleh pihak Bank Rakyat ini sebanyak RM 15,000.00 bagi tempoh bayaran balik selama 5 tahun. Bagi jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran itu, pihak Bank Rakyat telah menetapkan kadar keuntungan dikenakan adalah sebanyak 4.25% setahun.
Maka pengiraan ringkas adalah seperti berikut :
      I.        Kadar keuntungan setahun;
RM 15,000.00 X 4.25% = RM 637.50 setahun

    II.        Kadar keuntungan 5 tahun;

RM 637.50 X 5 tahun = RM 3187.50

   III.        Jumlah pembiayaan sebenar;
Pinjaman + Jumlah Keuntungan 5 tahun
RM 15,000.00 + RM 3187.50 = RM 18187.50



  IV.        Bayaran ansuran bulanan

RM 18187.50 / 60 bulan = RM 304.00 sebulan denagn bayaran bulan terakhir sebanyak RM 251.50.

Pinjaman Peribadi Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad ( KGMKB ) Al-Aslah
Tawaran
1.    Pembiayaan tunai sehingga RM 64,802.00
2.    Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.
3.    Had umur yang tinggi.
4.    Tanpa penjamin.
5.    Kelulusan segera.
6.    Tiada kadar keuntungan ( 0% faedah )

Huraian dan ulasan
            Sama seperti pinjaman Bank Rakyat, saya sekali lagi mengandaikan ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000.00 melalui Koperasi Melayu Guru-guru Kedah Berhad ( KGMKB ) dengan tempoh bayaran balik selama 5 tahun. Bagi pinjaman berjumlah tersebut, pihak Koperasi Melayu Guru-guru Kedah Berhad ( KGMKB ) telah menetapkan beberapa syarat tambahan. Antaranya :

a)    Koperasi Melayu Guru-guru Kedah Berhad ( KGMKB ) mengenakan 5 bayaran tambahan bagi setiap pinjaman pembiayaan peribadi iaitu :
                      I.        Jariah             : RM 300.00
                    II.        Proses            : RM 450.00
                   III.        Angkasa        : RM 150.00
                  IV.        Kom. Bank    : RM     2.00
                   V.        w/jaminan      : RM   75.00
JUMLAH       : RM 977.00
Namun jumlah bayaran tambahan ini boleh ditambah dari jumlah pinjaman menjadikan jumlah pinjaman sebenar ialah RM 15,977.00.
Ansuran bulanan
RM 15,977.00 / 60 bulan ( 5 tahun ) = RM 267.00 sebulan denagn bayaran terakhir sebanyak RM 224.00.
b)    Syarat kedua ialah yuran terkumpul mestilah sekurang-kurangnya RM 4,000.00.
Setiap ahli berdaftar perlu membuat potongan gaji setiap bulan dengan potongan minimum sebanyak RM 50.00 dan tiada had maksimum. Potongan ini dipanggil sebagai yuran. Yuran merupakan salah satu simpanan setiap ahli dan akan dipulangkan apabila bersara kelak dengan syarat-syaat yang telah ditetapkan.
Bagi melayakkan diri memperolehi pembiayaan peribadi Al-Aslah Koperasi Melayu Guru-guru Kedah Berhad ( KGMKB ) sebanyak RM 15,000.00 saya perlu mempunyai simpanan yuran terkumpul sebanyak RM 4,000.00. Jika saya membuat potongan RM 100.00 sebulan maka saya perlu menunggu selama 40 bulan untuk mencukupkan simpanan saya.
c)    Syarat ketiga telah disahkan keanggotaan sekurang-kurangnya 4 tahun. Ini bermaksud jika saya ingin membuat pinjaman pada bulan Ogos 2011 maka saya perlu telah disahkan sebagai ahli sebelum Ogos 2007.


Perbandingan Antara Pinjaman Peribadi i-Aslah Bank Rakyat dan Pinjaman Peribadi Al-Aslah Koperasi Melayu Guru-guru Kedah Berhad ( KGMKB )
Bagi memudahkan membuat perbandingan,saya sediakan dalam bentuk jadual seperti dibawah :
Pinjaman Peribadi i-Aslah Bank Rakyat
Pinjaman Peribadi Al-Aslah Koperasi Melayu Guru-guru Kedah Berhad ( KGMKB )
Pinjaman tunai sehingga RM 200,000.00
Pinjaman tunai hanya sehingga RM64,802.00
Bayaran balik sehingga 20 tahun
Bayaran balik hanya sehingga 10 tahun
Kadar keuntungan serendah 3.25%
Tidak dikenakan sebarang kadar keuntungan
Tiada bayaran tambahan dinyatakan
Terdapat 5 bayaran tambahan
Pegawai sedia bertemu diluar pejabat dikawasan yang diingini pelanggan
Pelanggan perlu berurusan di pejabat KGMKB.

Pilihan yang dibuat
            Jika diperhatikan secara kasar, KGMKB menawarkan pinjaman tanpa faedah yang sangat menarik dan menjimatkan berbanding Bank Rakyat. Perbezaan ansuran sebanyak RM 40.00 sebulan menjadikan jumlah beza dalam tempoh 5 tahun ialah RM 2400.00 adalah sangat besar.
            Namun begitu, jika dihalusi KGMKB mengenakan syarat yang sangat ketat seperti yuran terkumpul perlu RM 4000.00 dan disahkan menjadi ahli selama 4 tahun. Bagaimana jika saya masih baru menjadi ahli dan belum cukup jumlah yuran simpanan? Sudah tentu saya belum layak memohon.
            Secara amnya saya sangat berminat dengan tawaran dari KGMKB namun kerana Bank Rakyat lebih memudahkan jadi saya menetapkan pilihan saya Bank Rakyat sebagai intitusi keewangan untuk membuat pinjaman peribadi berbanding Koperasi Melayu Guru-guru Kedah Berhad ( KGMKB ) bersesuaian dengan iklan yang selalui dilaungkan oleh Bank Rakyat – “Saya Mesti Pilih.”

6 ulasan:

  1. Cayalah....boleh ker bg bahan sikit...kesian kami baru bersalin, jaga baby...dok pening lagi buat assignment

    BalasPadam
  2. nk bagi bahan cmna wahai ibu...ni la bahannya yang saya ada... Bahagian kedua dh siap...tunggu Jumaat nti...Oh ya.. tahniah baby baru...

    BalasPadam
  3. huhu...thanks ya bg idea sikit2. Dah siap malam tadi pembiayaan saya bnk islam dan koperasi saya ambil yang awak....izinkan ya. Pembiayaan satu lagi saya buat pembiayaan pendidikan antara bank dan ptptn

    BalasPadam
  4. lega bila dh siap kan...amik la apa2 yg patut...

    BalasPadam
  5. terima kasih....banyak maklumat yg dpt mmbantu..

    BalasPadam
  6. sama2....ni pun lum tentu tepat seperti yg dikehendaki...tak hantaq lagi ka??

    BalasPadam

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Kongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat