klik sini

Ahad, 2 Mei 2010

'SAYA' sebagai ganti diri

Salam. Mulai saat ini terdapat sedikit perubahan kecil dalam posting2 blog ni. Pertamanya sebagai ganti diri, 'saya' akan digunakan berbanding dahulu yang menggunakan 'aku'. Ini kerana saya rasa seperti yang tidak kena pada tempatnya apabila membahasakan diri sebagai 'aku'. Pembaca2 blog ini mungkin tidak ramai seperti blog2 lain yang sudah popular tetapi mereka terdiri daripada pelbagai kalangan. Ada rakan2, keluarga dan kenalan yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Dari itu adalah tidak wajar menggunakan 'aku' keranadidapati sedikit kasar dan seperti tidak menghormati. 

Bayangkan lah jika yang membaca itu adalah abang saya. Apa yang dirasakan jika adiknya membahasakan diri sebagai 'aku'? Salah bukan? Jadi eloklah di ubah. mungkin perubahan ini membawa kebaikan seterusnya diharap mendapat keberkatanNya. Malah sekarang ini terdapat banyak maklumat yang salah di dalam internet terutamanya mengenai Islam yang cuba disongsangkan oleh pihak barat sehinggakan mereka sanggup mencipta Al Quran versi mereka sendiri. 

Moga2 dengan blogging ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua penulis2 blog sebagai satu medium mengembangkan fahaman dan menegakkan perkara yang benar. Insyaallah, setiap tindakan kita sentiasa dicatatkan dan akan dihisap kelak. Moga2 kita akan dikurniakan surat amalan di tangan kanan semasa di Padang Mahsyar kelak. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat