klik sini

Rabu, 3 Ogos 2011

APA IN-TEXT CITATIONS & REFERENCES

APA IN-TEXT CITATIONS & REFERENCES



APA ni??? haiwan ka? fairy ka? entah la tapi entri kali ini bukan pasai APA benda ni tapi mengenai APA yang lain. Sila baca di bawah :



Apakah APA?


– APA style merangkumi panduan untuk menulis dan menyediakan
manuscripts seperti dinyatakan oleh American Psychological Association
• Disiplin apa yang menggunakan APA Style
• Social Sciences: Psychology, Sociology, Anthropology
• Humanities: Education, Art
• Interdisciplinary studies: Technical Communication, Composition


KENAPA PERLU GUNA FORMAT APA?
• Membenarkan pembaca utk merujuk silang (cross-reference) sumber dgn mudah
• Memberi format yg konsisten dlm sesuatu disiplin
• Menjimatkan masa
• Memberi kredibiliti sbg penulis
• Membendung penulis daripada plagiarism



MENGELAKKAN PLAGIARISM
• Petikan drpd sumber yang sesuai dalam APA style boleh mengelakkan plagiarism,
yang merupakan satu kesalahan yg serius yg boleh mengakibatkan kegagalan
atau dilucutkan status pemegang biasiswa.


SISTEM RUJUKAN
Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:



(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:


Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…


Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan
individu yang menyeluruh (Choy, 2006).




(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:


Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…


Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon,
2005).




(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:


Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)
menyatakan …



Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998;
Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…




(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:


Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan
(Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).


Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem
pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.




Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan
Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:


(a) Buku
Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:
Hodder Headline.


(b) Jurnal
Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher
education: The efficiency dimension Review of
Educational Research, 2, 175-199.



(c) Surat khabar
Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan
Malaysia, hlm. 15.


(d) Tesis tidak diterbitkan
Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru
Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.


(e) Media elektronik
Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan
15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/


(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)
GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/




Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia


Dalam Teks


Pengarang Melayu                          Mohd. Ali (2005) menyatakan …


Pengarang Cina                             Lim (2006) menyokong … 


Pengarang India                            Krishnan (2003) menerangkan… 




Dalam Senarai Rujukan


Dalam senarai rujukan, 
tulis  nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga.




Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).
Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Taufik Intelek Sdn. Bhd.


Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.


Krishnan a/l Thambipillay. (2003).
Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.


untuk format pdf sila klik sini. Dapatan ni pun dapat dari blog PPG KSAH sg petani. Kira copy+paste je.





3 ulasan:

  1. Dalam contoh :


    (f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)
    GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
    dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
    survey-1997-10/


    Apa maksud "n.d."?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. nak tanya,, untuk in text citation kalau ambik rujukan dalam surat khabar, letak nama pengarang berita tersebut atau nama surat khabar?

    contoh nama pengarang Ali Abu daripada Utusan Malaysia.

    so, in text citation ialah (Ali abu, 2001) atau (utusan malaysia, 2001)

    BalasPadam

Sila beri komen sket...Terima Kasih..

Letak mouse kat sini dan klik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sahabat-sahabat